Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas, streamyx rumah ambe rosak, kena sambar di petir. Petir ni suka sambar line telefon ye adik adik. So, jaga jaga bila ada ribut petir. Tutup semua suis..ambe tak sedar malam tu, masa tidur, okey je, takda kilat.. Tersedar pukul 4 pagi pun sebab petir, bangun pagi, tengok lampu modem dah tak nyala. Alhamdulillah, hari ni abah ambe dah tukar modem and dah baiki line telefon. Dapatlah ambe update sikit walaupun laptop tak beli baru lagi.
Ambe puahsangg sebenarnya. Hari tu, hari hari ambe boleh tahan busy. Pagi till petang, ambe pergi sekolah and buat kelas tambahan. Malam pulak, member ajak keluar minum air. Tapi lepas tamat kontrak ambe sebagai cikgu ganti. Ambe jadi puuaahhsaaannggg..dok tahu nak buat nape. Kadang tu, ambe gi pasar Kuala Besut, tolong nenek jual sayur.
Doh dakpe la, sementara ambe online ni. Ambe nak kongsi sikit pengalaman ambe sambut hari guru sebagai guru. Walaupun ambe guru ganti, tapi ambe dok pernah berasa tugasan ambe ni macam guru ganti. Kalau masuk kelas tu, memang ambe ngajar sungguh sungguh. Bukang masuk kelas je " Ok, awak buat kerja sendiri deh "..dok gitu.
Di bawah ni ada beberapa keping gambar ambe sempat ambik. Yang mana ambe rasa perlu describe, ambe describe. Yang mana tak perlu describe, tuan tuan dan puan puan describelah sendiri guna ruangan komen ye?.
Warna tema hari guru, colour oren. Ambe takdok baju colour oren. Nasib baik baju batik ambe warna kuning, ada oren sikit sikit. Warna oren tu bukan warna kegemaran ambe. Ambe suka warna merah, biru and hitam.
Pasukan kompang sekolah. Semua pelajar tingkatan lima kott.."kompang dipalu, selamat hari guru!! "
Nombor cabutan bertuah ambe. Memang bertuah. Ambe dapat hamper makanan. nasib baik hamper makanan bukan tupperware.hehe
Bersama sebahagian pelajar kelas 4B, kelas addmath ambe.
Bersama sebahagian kelas 4A, kelas addmath ambe.
Bersama sebahagian pelajar kelas 5B, ambe ni guru kelas 5B.kelas ambe buat tuition free.hehe.
Bersama pelajar kelas 4C, ambe tak ngajar kelas ni. tapi dua orang ni selalu tegur ambe.
Bersama pelajar tingakatan 5H..kelas matematik ambe..tangan ambe tu ada hadiah.hehe.
Bersama pelajar tingkatan 5H, berbaju kurung tu ada persembahahan.
Tuan pengetua dan bonda sempat karokae. Ambe pun sempat karokae. Ambe dendangkan lagu
Spring - Pesanan buat kekasih..try la dengar..best lagu tu.
Bersama MC..dua orang ni lah yang paksa ambe karokae..
Bersama pelajar tingkatan 5.
Bersama pelajar tingkatan 2.
Tuang tuan dan puan puan.
Ambe rasa bertuah sangat dapat sambut hari guru. Perasaan tu sangat berlainan. Lebih special dari sambutan hari Raya..seriously..Awal pagi lagi pelajar raikan guru mereka. Selesai upacara penyerahan hadiah, guru guru bersuka ria main sukaneka..macam macam gelagat yang ada.
Ambe paling tersentuh bila student ambe bagi ambe hadiah. Mereka ni ramai dari golongan yang miskin..susah payah mereka bagi hadiah ke ambe. Paling tersentuh, ada sorang student tu, dia masih lagi tak reti membaca dan mengira, ambe selalu pesan ke dia suruh belajar sungguh sungguh, tolong mak ayah nanti. Setiap kali masuk kelas, ambe selalu lupa bawa pen merah, terpaksa pinjam dengan dia pen merah nak tanda kertas..Masa hari guru hari tu, dia hadiahkan ambe pen merah..tersentuh.
Selepas ambe jadi guru ganti, barulah ambe sedar, macam mana pengorbanan seoarang guru. Selamat Hari guru kepada semua guru di Tadika Kg Baharu, Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Sek Sains Sultan Mahmud, UNITEN ( Walaupun tiga bulan je menuntut ilmu di UNITEN ) dan juga tenaga pengajar di Asia Pacific Flight Training.
ps : ambe nak kembali akif blogging. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
and take care!
.