Thursday, March 22, 2012

Penting Untuk Lepasan SPM ( Pemilihan Bidang )

Assalamualaikum.

Teringat dulu, masa gi ambik result SPM, sepanjang perjalanan sejam setengah dari Besut ke Kuala Terengganu, hatiku gelisah, senyap je sepanjang perjalanan, termasuk umi dan abah sekali. Dalam kepala mereka memikirkan " Cemerlang ke tak ni? ", manakala, aku plak, duk fikirkan " Macam mana la kalo tak cemerlang, macam mana la masa depan aku nanti ". Berdebar, takut, semua ada. makin dekat ngan sekolah, makin takut. Kalau boleh, taknak masuk sekolah tu.

Masuk pagar sekolah, 
Trafik tak busy di kawasan gate utama, menandakan, aku adalah yang paling awal sampai.

" Dapatkan result SPM di dewan utama sekolah " - notis di guardpost.

Di kawasan dewan, cikgu semua mundar mandir, membuat persiapan..aku makin takut, umi dan abah aku kelihatan gelisah.

Waktu result diumumkan. 

Alhamdulillah, cemerlang, errr, perlu ke aku cakap result?..Alhamdulillah...ternyata, umi dan abah aku orang yang paling gembira hari tu.Alhamdulillah.

Alhamdulillah, dengan result tu, cukup requirement aku untuk apply mana mana biasiswa dan placement di top universiti di Malaysia. dan Alhamdulillah, banyak panggilan temuduga yang aku dapat. JPA, Petronas, Bank Negara, Yayasan Terengganu memberi aku peluang.

Tapi tak semua aku pergi. target aku hanya lah dua, Menjadi Jurutera dan Juruterbang..cikgu pernah syorkan aku ambil doktor, tapi aku tak nak. tak minat sangat, belajar lama, susah, takut benda benda ngeri.tak nak..Panggilan dari Universiti Malaysia untuk Asasi Sains Hayat, aku tolak..

Dulu, dapat peluang jadi doktor, tapi tolak awal awal..tak minat.

Kemudian, aku dapat panggilan dari JPA untuk temuduga keluar negara, Alhamdulillah.aku pilih German sebagai target untuk aku luaskan minat automotive aku ( dulu aku minat F1, nak jadi engineer F1 )..tapi,aku cukup tak puas hati dengan proses temuduga aku. Aku tak cukup maklumat tentang bidang automotive, macam mana aku boleh comparekan bidang automotive German dan Malaysia yang ternyata bagaikan langit dengan bumi..penjelasan aku sungguh tak bernas. tak buat persediaan rapi.satu tips temuduga untuk dikongsikan, please please buat persediaan rapi tentang bidang yang nak diceburi, bukan setakat persediaan pasal diri sendiri je ok!.

Selepas beberapa bulan, aku mendapat tawaran biasiswa JPA untuk study engineering di Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ). Aku lari dari target ( target nak belajar di oversea dan jadi pilot ) aku terpaksa ambik since tu je tawaran biasiswa yang aku dapat..dan sememangnya, aku tak bersemangat sangat nak study, hati duk fikir nak jadi pilot. Aku rasa sangat sangat down bila setiap soalan dan quiz yang diberikan pensyarah di UNITEN, aku tak dapat buat dengan baik, aku rasa, aku paling tak pandai kot dalam kelas..

Selepas 3 bulan di Uniten, aku mendapat panggilan dari Yayasan Terengganu untuk bidang piloting di Asia Pacific Flight Training. Alhamdulillah, aku berjaya membuat langkah pertama untuk menjadi seoarang juruterbang..
JPA tak gurau gurau ye, dah tertulis disitu, TANPA PRASANGKA

Aku langgar kontrak perjanjian dengan JPA. Which means , aku perlu membayar balik yuran UNITEN yang dibayar JPA. Totalnya, RM7000+ termasuk elaun RM2200. Aku hanya gunakan RM200 dari duit elaun tu, dan aku bayar balik ganti rugi RM7000 menggunakan duit elaun sebanyak RM2000, bermakna, balancenya RM5000. . untuk RM5000 ni, abah aku minta untuk menjelaskan bayaran bulanan sebanyak RM200 sebulan.. Kesian, disebabkan " tak minat " aku, abah aku terpaksa keluarkan duit bulanan..terima kasih abah, dan Alhamdulillah, sekarang ni dah jelaskan semua bayaran. aku takda hutang dengan JPA lagi.


Dan sekarang ni, Alhamdulillah, aku on my way to become a pilot, lagi beberapa belas jam untuk habiskan jam penerbangan bersama twin engine aircraft. InsyaAllah, lagi sebulan dua, aku dapat habsikan training aku. Sekarang ni ada masalah, ratio kapal per cadets tu sangat sangat berbeza..tak ape la, kita bagi peluang pada senior yang dah lama kat APFT ni..and while waiting to finish, buat la apa apa yang patut, study dan buat resume ke..kan kan.

Apa yang aku nak fokuskan disini.

Jangan paksa diri untuk belajar sesuatu yang korang tak minat, tambah tambah lagi, korang tu plak, scholar student. Masalahnya, nanti, bila kamu takda semangat, tak dapat follow, kemungkinan result korang akan jatuh tu sangat sangat tinggi. dan Sholar sendiri ada minimum result kan, which means, kalo result korang tak capai minimum, mereka akan tarik balik biasiswa kan?..nak ke macam tu?..fikir elok elok ye.

tanya hati, what should I choose?..

Jangan pilih setelah dipaksa oleh parents. jangan pilih yang dipaksa oleh buah hati. ( ada kes makwe suruh jadi pilot ).

Pilih yang minat okey!.
Kalo tak tahu minat apa, tanya kawan kawan, tanya senior tentang bidang yang akan dipilih tu.dapatkan info di internet..semuanya akan menjadi mudah nanti.

Dan Dan Dan !!!.

Bila diberi peluang temuduga ke apa apa ke, pergi je, nanti peluang dan pilihan anda akan lebih terbuka!..tapi ingat, pergi dengan membawa selori persediaan.

Have a good dayy.
Assalamualaikum

.

53 comments:

  1. good info untuk bakal2 mahasiswa dan siswi

    ReplyDelete
  2. tau takpe. make sure minat tu dulu. usaha. insyaAllah yang lain akan datang dgn sendirinya. betul, jgn paksa diri nk blaja. decide btol2.

    tp gempak ko punya result. saya respek r kat anda.

    :))

    ReplyDelete
  3. aku kes sama tapi lain sikit plak....aku masuk matrik... mcm ko jgk wan.. aku rase aku paling tak pandai dalam kelas.... so after 6 months...aku dpt offer UiTM....aku quit matrix, ape org nk ckp, ckp la...tapi abah aku la bayar gantirugi sbb langgar contract, RM2000. aku amik diploma, then part 1, thanks god, aku dapat dean list. aku apply JPA....Dapat...rezeki tu....skg dah grad...JPA dh taja aku RM 25,700...tapi kontrak dh batal...x yah served with gomen lagi... ingat nk smbung piloting...dri dlm dip lg... amik dip ni sbb nk mintak sponsor... klu ade dip ni ade excuse skit... CGPA atas 3.00....

    ReplyDelete
  4. @NIZAM

    result biasa biasa je bro.
    Alhamdulillah..rezeki Allah.

    harap harap, makin murah.
    tapi risau gak.
    perangai aku ada sedikit berubah.

    ReplyDelete
  5. @Muhammad Zulhafiz Abdul Tahir

    Alhamdulillah, rezeki kau tu bro.
    Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  6. very nice info..adik2 yang bru ambl keputusan spm shud read this!

    ReplyDelete
  7. wow. if we were to accept asasi sains hayat um we both jadi classmate dah XD

    u have a very supportive family. keluar uniten jadi pilot. sokongan/approval family in every single thing we do indeed one of the biggest point in our success

    and minat really does important. kenapa kursus kawen anak raja takda hahaha

    ReplyDelete
  8. :) itulah...memang penting...apapun kena usaha juga hingga berjaya....

    kalau tak berduit macam mana??
    terpaksalah jua ditempuh......jgn nak berkira sangat.....

    cuma kecewa ekonomi gawat...xdpt g oversea seperti dijanjikan JPA
    ADOIII.......JPA langgar kontrak ke?? tak...sebab ada TNC.....Tak pulak JPA bayar...HAHAHA

    ReplyDelete
  9. pandainyeee....

    oh sy pun minat F1.. skdr minat. Huahuahua..

    ReplyDelete
  10. bagus! perancangan tu penting untuk masa depan kita.. kalau boleh pilih bidang yang kita minat!

    ReplyDelete
  11. sy dah tua dan masih study..study..dan smbung study dlm bidang yg tak penah minat..arrghhhh

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum syazwan! :)

    Lama tak kesini.. pengalaman yang cukup bagus untuk dikongsi dengan adik2.

    Semoga berjaya dalam bidang yang dipilih ni wan :)

    ReplyDelete
  13. nasib baik tak masuk PASUM. huhuhu. Kalau tak minat, memang susah gila la .

    ReplyDelete
  14. syabas bro kerana berjaya juga mendapat kerjaya impian anda...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. kenapa censored kan alamat tapi tak censoredkan no ic? o.0

    ReplyDelete
  17. kalau tak minat mmg payah...kan2..:D

    P.S - join kat nuffnang...kena alert la..selalu jugak nuffnang buat contest bagi free pass ni...:D

    ReplyDelete
  18. Bgus ini utk adik adik yg baru amik spm. Buat ls pilihan yg bijak ok..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...

    wahhhh, best giler dapat jadi pilot. dulu ade cite cite nak jadi pilot jugak. tapi bila pikir dengan ketinggian dan kerabunan mata. jangan haraplah!.. haha.. tak pe, tengok orang lain jadi pilot pon dah cukup happy!

    i already finish my asasi dan sekarang kena fikir amik ape untuk degree pulak. haihh -__-

    ReplyDelete
  20. wahhh hebat rupanya incek pilot kita
    tp tulahh..betul tu
    kena 'study' betul2 dulu bidang yang kita nak amek
    sebelum menyesal kemudian hari

    ReplyDelete
  21. singgah sini en pilot..kot2 ade tiket free balik malaysia tahun ni ke..=)=)

    ReplyDelete
  22. Nice info. Salam perkenalan. BW and follow here. Jemputlah ke blog syida.

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..rezeki kau dpt jadi pilot..ak jer yg kecewa dgn result SPM 2008 n trus x dpt jd pilot..Menyesal pon x guna..duk kt Uitm ni pon amik kos yg x minat..bljr mcmmne pon klu da x mnt cnfirm susah nk msuk..ak org ganu ugop..duk dungun jah..weyh,tmpg tnye cket..boleh x aply pilot bkn dgn result SPM means ikut reseult U ke..LoL

    ReplyDelete
  24. yang penting minat kan?? kalau tak minat belaja cmne pon tak guna gak

    ReplyDelete
  25. orang bijok nie..moga jadi pilot yang bagus :)

    ReplyDelete
  26. even aku tak minat jadi doktor, tapi parents aku nak jugak, terpaksa la, eventhough rela dalam terpaksa tapi berkat tu ade..

    ReplyDelete
  27. salam. hello syazwan. I suka baca blog u & ni pertama kali nak komen kat blog u ni.. :)

    tahniah sbb u tinggal lg beberapa hours je sebelum nak grad. good luck bakal pilot :)

    I pun dulu ade cita-cita nak jadi pilot tp mungkin bukan rezeki i so sekarang ambik Law, satu course yang agak lari dari minat i.

    sampai sekarang i masih minat dengan kapal terbang and I jugak suka tengok mereka yang dah berjaya capai cita-cita nk jadi pilot. U mesti kenal Idyana kan. tu kawan I, I kagum dengan dia & suke tengok gambar dia dengan kawan2 dia (ok, I tau u tak tanye pun. gigih I bercerita ye..hahaha.. sorry sorry)

    tahniah skali lagi dari i ye syazwan. happy flying :)

    ReplyDelete
  28. mcm mana dgn peluang kerjaya?klu sy nk mintk bidang jurutera perisian,okay x?nk keje kt mne slps graduate?klu dgn diploma ckup x?spm candit 2011

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum..

    Kawan saya, berminat dengan kerjaya ni. Hm, nak tanya. Ape syarat-2 untuk sambung belajar dalam bidang ni erk?

    ReplyDelete
  30. Yayasan Terengganu sponsor eh untuk masuk APFT?

    ReplyDelete
  31. tumpang tanya, apakah syarat kelayakan spm untuk menjadi seorang pilot?
    harap dapat balas di emel : lubna.09@seriputeri.edu.my
    terima kasih

    ReplyDelete
  32. Tahniah Wan kau dapat buat pilihan yang tepat. Apa pun minat tu perlu diutamakan..

    ReplyDelete
  33. adik aku nak sgt jadi pilot weh. tp bio dia yang A. hahah caner tuh ?

    ReplyDelete
  34. ape kelayakn nk jdi pilot...

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum.boleh tanya ?jadi pilot tu kredit kena berapa eh ?

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum.boleh tanya ?jadi pilot tu kredit kena berapa eh ?

    ReplyDelete
  37. Susah tak nak belajar jadi pilot? Then bagi perempuyan senang ke nak jadi pilot sebab ramai cakap perempuan susah jadi pilot ....

    ReplyDelete
  38. slm sy nk tye..u pljr aliran pure scince ke..if pljr yg x ambil physic and addmaths still ade chance x nk jd pilot..

    ReplyDelete
  39. nak tanya ni.. macam mana boleh dapat tawaran piloting di Asia Pacific Flight Training tu???mohon melalui ape ye???

    ReplyDelete
  40. Macam mana nk apply jd pilot . Guna tajaan apa . Sy org pahang

    ReplyDelete
  41. Bestnyaa. Besar nnti sya nk jdi pilot juga. Insha Allah :)

    ReplyDelete
  42. salam bro syazwan . bro pergi APFT atas tajaan mana mana penaja atau tajaan mak ayah bro ? saya pening bro , serabut fikir mana nak cari duit sebanyak tuh . mohon penjelasan . saya asal selangor .

    ReplyDelete
  43. Hai..Nak tanya,kalau lepasan spm patut buat ape ye?Nak terus gi tempat yg mnawarkan bidang aviation ataupun masuk universiti dulu?Sekian

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum..abang..4 example lah..kita x minat ngn subjek matemetik so kita patut kan x ambil matematik..cuz cikgu ckp klu salah 1 subjek tu gagal ia akan menjejaskan keputusan yg lain..betul ke abang??

    ReplyDelete

Terima Kasih Ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...