Monday, April 9, 2012

Doa Melayu @ Arab?

Assalamualaikum.

Selesai solat tadi, to'iman baca doa selepas solat dalam bahasa melayu, yang mana di awal rangkapnya ( puji pujian ) dibaca dalam bahasa arab, content pula dalam bahasa melayu dan diakhiri dengan penutup dalam bahasa arab. Sebenarnya, dah lama aku tertanya tanya, mana lagi afdhal cara doa ni dibaca, adakah lebih afdhal dibaca di dalam bahas arab, tetapi kita tak tahu makna doa tu, ataupun dibaca dalam bahasa melayu dan membuatkan kita khyusuk dan insaf dengan doa tu?..dan sudah tentu yang terbaik adalah baca doa dalam basa arab dan kita tahu makna doa tu..tapi aku percaya, ramai yang tak tahu dan taknak ambik tahu..yedakk??..

Sebenarnya macam ni, mengikut jawapan dalam komuniti islam, klik sini.

(a) Salam.. yang paling penting adalah kita membaca doa.. jangan sampai x baca doa pula.. bahaya tu.. seeloknya bacalah dalam bahasa arab klu anda faham maknanya memandangkan bahasa arab adalah bahasa syurga tetapi.. Allah faham semua bahasa.. Yakinlah dengan Allah..dan sentiasalah memohon darinya..

(b) Assalamualaikum sesiapa yang tidak berdoa...memohon atau mensyukuri sesuatu... ialah orang yang sombong.. dix cuma dgr org kata... yg lbih.. wallahualam... pe yg pnting doa kita de lah doa yg seikhlas hati.

(c) Assalamualaikum Islam tidak mewajibkan doa dengan bahasa arab..ini merupakan suatu rahmat drpd Allah kepada hambanya..doa boleh dibaca dengan apa jua bahasa..yang paling penting doa itu difahami..kerana yang difahami akan mendekatkan kita kepada Sang Kholik.. Doa itu untuk menunjukkan kehambaan kita kepadaNya..seumpama seorang pekerja meminta bantuan daripada majikannya..seorang majikan akan lebih mudah menunaikan hasrat si peminta jika bahasa yg digunakan tulus dari lubuk hati.. Jika kita mampu memahami bahasa arab maka terlebih afdhol menggunakan bahasa arab tetapi jika tidak mampu maka kita boleh berdoa dengan apa jua bahasa dan tidak menjadi satu kesalahan jika digabung doa bahasa melayu dan bahasa arab di dalam satu doa.. Menjadi amalan guru pondok dan guru tarikat membaca doa dengan bahasa melayu supaya lebih mendekatkan kefahaman kepada muridnya walaupun mampu menguasai bahasa arab sehingga muridnya bisa menitiskan airmata kerana khusyuk dan faham intipati doa yang dipohonkan kepada Allah SWT. Maka doa yang diiringi dengan airmata dan khusyuk itu lebih hampir kepada Allah SWT dan akan diterima oleh Allah SWT.

So, pointnya disini, kita perlu sentiasa berdoa,jangan sombong dengan Allah, ikhlas dalam doa, dan kalau boleh ( memang perlu pun ), baca lah doa yang kita paham, supaya kita lebih kyusuk dan dapat menimbulkan keinsafan..Kita boleh mulakan doa kita dalam bahasa arab, aku rasa ramai yang dah hafal permulaan doa dalam arabic..then lepas tu, boleh berdoa dalam bahasa Melayu, boleh minta segala apa yang dihajati..


Contoh Doa Doa Dalam Bahasa Melayu.


{Doa 1} [ Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku dan dosa-dosa ibubapaku, serta kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka berdua mengasihaniku semasa aku masih kecil. 
Ya Allah, akhirilah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umurku dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah kiranya Engkau pesongkan imanku sesudah Engkau kurniakan kepadaku petunjuk. Anugerahilah aku rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. ]

{Doa 2} [ Ya Allah wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada syak dan keraguan dan menyegutukanMu dan aku berlindung denganMu daripada kufur dan beriman dengan pura-pura, dan aku juga mohon perlindungan denganMu daripada kejahatan akhlak dan pandangan yang buruk, dan kesudahan yang buruk pada harta-hartaku, keluargaku dan anak-anakku sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Aku juga mohon perlindunganMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenciku di atas kekecewaanku, dan aku mohon perlindunganMu daripada mengidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan. ]

{Doa 3} [ Ya Allah, aku memohon dariMu kebajikan yang segera dan yang akan datang yang Engkau ketahui dan aku tidak ketahui. Aku memohon dariMu syurga dan apa saja yang boleh aku menghampiri kepadanya dari percakapan, perbuatan gerak hati dan keyakinan. Dan aku berlindung dengan Engkau dari azab neraka dan apa saja yang boleh menghampiri aku kepadanya dari percakapan, perbuatan, gerak hati dan keyakinan. 
Ya Allah, aku memohon kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh hambaMu dan pesuruhMu, Nabi Muhamad s.a.w. Ya Allah, apa yang Engkau tentukan atasku sesuatu perkara, jadikanlah kesudahannya petunjuk wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri sendiri, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia. Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, dengan kemurahan rahmatMu, aku memohon pertolongan, dan dari azabMu aku minta dijauhkan, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya sebagaimana Engkau perbaikkan orang-orang yang soleh. ]

Ada sesetengah orang tu, disebabkan dia tak paham doa yang dibacakan to'iman, sambil duk berdoa, sempat lagi korek korek hidung, feeling feeling korek hidung.. Bila orang aminkan, kita sama sama amin, pastu salam ngan orang sebelah tanpa rasa bersalah..sape pernah buat?..mengaku je laa..ramai je aku tengok..eh, nampak sangat aku tak hayati doa, duk pandang sekeliling..hikhikhik.

Selamat Berdoa,
Assalamualaikum

.


22 comments:

  1. pada saya baca la doa yg kita faham lagi afdhal. kalau saya lagi prefer baca doa dalam melayu sebab saya lagi yakin dan faham dgn apa yg saya doakan tu. wallahualam.
    ^_^

    ReplyDelete
  2. aku penah dgr ustaz cakap: baik doa dlm bhs melayu sebab kita paham apa yang kita nak mintak tu. kira doa yang khusus la. sbb doa bhs arab ni kita tak paham dan bersifat umum.

    btolkan jika sy slh. :))

    ReplyDelete
  3. kalau saya, bila berdoa dalam bhs melayu rasa lebih menghayati dan yakin apa yg didoakan tu :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. -kekadang, lirik lagu pun boleh dijadikan doa kan. :)

    - doa boleh diminta dgn apa2 bahasa, Allah faham.

    nice sharing SCD (glemer tak pakai shortform nama hang camni haha)!!

    ReplyDelete
  6. bagus ah wan share mende camni sekaligus wan mengingatkan saudara kita yang lain .. okey , last perenggan .. tak menahan sungguh .. huhu

    ReplyDelete
  7. aku selalu baca doa dalam bahasa melayu, aku seorang yg praktikal, aku akan minta dengan bahasa yg aku paham.

    ReplyDelete
  8. lisa doa dalam B.melayu. lagi faham dan terasa apa yang kita mintak tu :)

    ReplyDelete
  9. akak suka doa dalam bahasa melayu sebab lebih faham...

    tapi bahasa arab lagi bagus kalau kita faham maksudnya!

    ReplyDelete
  10. selalu doa dlm bahasa melayu je,sbb xtahu bbahasa arab..tp sy yakin llah dgr doa saya.

    ReplyDelete
  11. kalau boleh berdoa dalam ke 2 2 bahasa lagi baik :)

    ReplyDelete
  12. sama,ak doa dalam bahasa melayu juga,sebab lebih menghayati dari apa yg keluar dari setiap butir dilafazkan...

    ReplyDelete
  13. wan, bagus entry ni. yang penting niat kita dan ikhlas lah berdoa. tawakal. nak share satu entry lagi tentang doa boleh, mungkin ramai yang mengabaikan adab kita berdoa..

    http://coklateyes.blogspot.com/2011/12/allah-tak-sayang-aku.html

    ReplyDelete
  14. insyaAllah dalam bahasa melayu atau arab kalau betul2 ikhlas Allah masih mendengar. Allah Maha Mendengar doa hambanya :)

    ReplyDelete
  15. tak kisah dalam bahasa Melayu atau bahasa Arab asalkan kita ikhlas berdoa dan memohon kepadaNya...dan yg penting kita sebagai hamba..jgn sombong kepadaNya...:D

    ReplyDelete
  16. tak kisah,janji kita berdoa...macam point 1st tu....dari tak doa langsung or tak ikhlas or whatever...kan...

    tea pun slalu doa melayu je...nak arabic kan tak reti...heee...

    ReplyDelete
  17. bagi saya, doa dalam bahasa yang sendiri faham lebih elok sebab kita paham apa yang kita hajati dan kita akan lebih khusyuk untuk meminta.

    ReplyDelete
  18. Very shortly this website will be famous among all blog users, due to it's fastidious content

    Feel free to visit my web page - バーバリー 時計

    ReplyDelete
  19. Whеn І initially commenteԁ I clicked
    thе "Notify me when new comments are added" cheсkbоx and nοw each
    time a cоmment is aԁdeԁ I get thгee
    emails wіth thе sаmе
    cоmment. Iѕ theгe any way yоu can remоѵе peoρlе from that
    sеrvіce? Thank уou!

    mу web blog: iphone repair malaysia

    ReplyDelete
  20. Ridiculouѕ stοry thеre. Whаt hаppеned after?
    Thanks!

    my wеb blog: ipad Repair jb

    ReplyDelete
  21. Along with electronic cigarettes, so many people are pleased with a few puffs, keeping the others with regard to
    after. E-cigarettes less complicated less expensive than normal smokes.
    Determined by your geographical area, the pack of normal tobacco can cost
    anywhere between $5 along with $12 a pack.

    ReplyDelete

Terima Kasih Ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...