Tuesday, October 30, 2012

Jamuan Akhir Tahun.

Assalamualaikum.

Di entry sebelum sebelum ni aku ada bagitahu minggu ni akan ada banyak jemputan jamuan akhir tahun kan?..Alhamdulillah, rezeki. Lepas pada cuti raya korban hari tu, tak putus putus lagi jemputan jamuan akhir tahun ni. Jimat je duit..Hari ni dah tiga kelas. Tak silap, esok ada 3 kelas jugak yang menjemput. Ingat ingat lupa,ramai sangat..hehhe

Sementara tunggu makanan, kita bergamba dulu ye - kelas 5A1.

Tangan pelajar tu tak sentuh pon bahu aku.hehehehe..trick je tu.

hadiah dan buah tangan dari pelajar, terima kasih ye.


Habis Final Exam, bawak pelajar F4 tengok movie. Tak patut lansung aku pasang movie expandable 2. semua student pompuan, semua emo bila hero handsome ( snipper ) mati.." Cikgu, cepat la tunjuk scene penjahat kena bunuh, geram!! ". Semua pelajar laki tak datang.huh.

Tadi jugak ada jamuan ikan bakar, dapat sekor ikan bakar - kelas 5A2, terima kasih.

Pakai topeng apa ntah, request dari pelajar, cikgu yang beriya lebih.

Pakai uniform sebab hari selasa kena pakai uniform.
Kita takda uniform lain.
Pakai ringkas ringkas je, takda nak pakai bar, tie dan wing.

Tak dapat nak blogwalking sangat.
Hmmm..banyak kerja lain.

Assalamuaalikum.

.

Malindo Airways Interview.

Assalamualaikum.


Yaaaayyy!!
Assalamualaikum.

.

Monday, October 29, 2012

Jamuan Je Minggu Ni.

Assalamualaikum.


Minggu ni boleh tahan banyak jemputan ke jamuan kelas. Alhamdulillah. Rezeki..heheh, terima kasih sebab ajak cikgu ye. Nanti cikgu gi makan..cikgu lapar ni..kehkehkeh.

Ada jugak yang tanya, aku ni cikgu ke pilot?..hehehe. Aku baru je habis flight training. Lesen pon baru dapat. Sejak dua menjak ni, aku busy buat resume. So, sementara tunggu dapat position dalam pilot di mana mana airlines, aku jadi cikgu ganti dulu.

InsyaAllah, ada rezeki, adalah. cepat atau lambat je. Aku target, next year aku dapat position tu then insyaAllah, by this year, aku dah tahu mana hala tuju aku.insyaAllah, doakan aku ye kawan kawan.

Have a goooddd daaayyy.
Assalamualaikum.

.

.

Sunday, October 28, 2012

Jumpa Blogger Dan Derma Darah.

Assalamualaikum.

JnaMarcello, si handsome girl ada tanya, macam mana dengan raya haji tahu ni..hehehe..macam biasa je Jna, tak semeriah macam sebelum ni sebab tahun ni, wan balik kampung. dekat kampung wan, tak ramai yang sembelih lembu @ wan tak tahu sebab dok dalam rumah je, takda sapa nak ajak keluar, kat kampung takda pon yang baya wan, semua kecik kecik lagi..

So, tak meriah macam biasa la, takda tolong pegang kaki lembu, takda tolong angkat kaki lembu kasi orang potong potong, takda tolong kacau gulai..sedih.

Habis bab raya.

Tadi kan, kita nak bagitahu ni, kita ada jumpa blogger blogger kat KB Mall, rugi la sape yang tak join tadi..rugi sangat sangat. Kali ni, Ben Ashaari datang Kota Bharu, kebetulan kampung wife dia pon sini kang, so sempatlah diajak lepak lepak dekat KB Mall.

aku tak reti nak senyum.kehkehkeh.

Tak ramai pon yang join benornya. Paham paham lah kan, musim raya tak habis lagi ni, habis sembelih lembu, orang buat kenduri kahwin. So, memang tak ramai yang ada free time. Kami bertiga je, Bro Ben, http://www.erazfadli.com/ dan juga Wan Zul. Kitorang tak sempat exchange link pon dengan wanzul sebab masing masing ralit sembang sembang.dan banyak benda yang disembangkan, dari blogging ke politik.macam macam lagi.. Si ErazFadli pon balik awal tadi. Ada hal.

Azizi ( Nesloo ) pon tak jadi datang sebab ada emergency tadi. Dah on the way dah, tetiba ada emergency case. Tak apa lah..nanti boleh buat gathering lagi..Terima kasih lah bro ben sebab banyak jugak tips yang dikongsikan tadi. Terima kasih ye..insyaAllah, lain masa kita buat lagi.

Eh lupa nak bagitahu, tadi sempat jugak pegang Qaliff..comel gilaaa, baik pulak tu, dah la tak nangis..

dia kasi sijil, buku, obat dan bekas tupperware.

Lepas tu, aku terus naik tingkat atas sebab nak derma darah. Dari awal awal lagi, masa lalu lalang kat situ, pegawai perubatan ajak aku derma darah. Aku kata " Jap lagi saya datang, ada hall "..Teruja benornya nak derma darah. Maklong lah, first time..takut pon ada..walapun dalam KB Mall tu sejuk, tapi keluar peluh kat dahi..kehkehkeh.

Mula mula tu risau jugak. banyak soalan yang aku tanya. " Tak apa ke derma darah time lapar? ".." Tak apa ke kalau tak cukup tidur ni?".." tak apa ke kalau saya kurus? "..tak apa ke kalo saya nak drive jauh jauh nanti?"..risau punya pasal..kehkehkeh..

Semua tak apa,,even dia sediakan makanan lagi..ada telur, ada kek, ada air..nak makan banyak banyak pun tak apa..

Selesai makan, terus baring atas "benda" tu..takut tengok darah mengalir keluar..merah merahhh..risau, kang tak pasal pasal darah kat jantung tak cukup, then tetiba kena heart attack..nasib baik semua okey tadi.pening pon tak.

Sempatlah sembang dengan nurse situ. Katanya, darah kat Malaysia ni tak cukup, sebab tu kitorang perlu adakan kempen dan keluar dari hospital, sebab nak kumpul darah..penerima lebih banyak dari penderma..

Lepas ni boleh lah kamu semua nak derma darah di mana mana hospital besar ye. sama sama kita bantu dan cukupkan darah Malaysia. by the way, darah aku jenis O. darah aku boleh digunakan oleh mana mana penerima..

Bye.
Assalamualaikum.

.


Wednesday, October 24, 2012

GoodBye Miss Rachael.

Assalamualaikum.

Tadi ada jamuan perpisahan dengan seoarang guru ETA ( English Teaching Assistant ) dari FullBright Scholarship ( American based Organisation ).. Cikgu Rachael ni memulakan tugas sebagai guru ETA di sekolah aku mengajar bermula pada 1 February 2012 dan tamat pada hari ni ( 24 October 2012 )

Her Village " The Village of New Lenox "

Dah 11 bulan dia tak balik Amarika.

Aku ada sekeping ni je gambar dengan dia..kitorang tak sempat nak sembang lama lama.
Senyuman dia cantik.kehkehkeh.

Dah 9 bulan Rachael dok sini. Dan dia dah reti cakap melayu, dan dia suka pakai baju kurung, dan dia suka makanan melayu. She told me, " you would be rich if you open  Malay Restaurant in my place "..hehhe..

Ni yang aku ambik dari website kolej dia dulu.

“This is a great honor for Rachael and for Saint Mary’s College. Rachel’s achievement is indicative of the educational quality and intercultural leadership training women receive here,” said Alice Siqin Yang, assistant director for global education at Saint Mary's College and the Fulbright program adviser. “Rachael receiving this award will only encourage more Saint Mary's students to apply. As the former student body president, Rachael possesses strong professional and diplomatic skills. She is energetic, curious, and open-minded in learning different cultures. She sets high life goals and has prepared herself in various ways. The Fulbright Program is designed to increase mutual understanding between the people of the United States and the people of other countries. I am confident that Rachael will be an excellent cultural ambassador in Malaysia with her international perspective and outstanding leadership skills.”

Dia dianugerahkan sebagai guru ETA terbaik di Malaysia. Memang patut pon point yang aku highlight kat atas tu.. Tahniah Rachael and goodluck for your future..

We will always miss you.

Assalamualaikum.

.

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 4A2, Alhamdulillah.

Di previous entry, aku ada citer yang aku risau kan pasal Jamuan Akhir Tahun kelas. Risau takut tak terurus sebab aku sendiri dah lama tak buat jamuan. Last jamuan akhir tahun dalam kelas yang aku pernah buat was masa sekolah rendah dulu.

Masa sekolah menengah, guru selalu ajak makan kat luar, maklomlah, sekolah asrama, ingat senang ke nak bawak makanan, takkan nak tempah dari kantin kot..bosan lah..

Alhamdulillah tadi, semua pelajar aku did the job well!!. Walaupun pada awalnya, nasi lemak datang lewat dan pengetua serta PK HEM dah datang dan takda benda nak makan. Tapi okeylahhh..hehehe, mereka keluar tanpa makan apa apa..tak apa, ada kesilapan teknikal..

Student aku yang handle nasi lemak tu dah merajuk sambil tunggu mak dia hantar nasi..aku keep reminds her, tak apa, lewat sikit tak apaaa...jangan risauu..hehehehe..#nak tenangkan student#

Kitorang plan pon last minit sebenarnya..agak kelam kabut jugak lah. Awal pagi tu agak kelam kabut jugak lah, semua kelengkapan tak lengkap..dan terpaksa pinjam dengan makcik bilik cleaner..terima kasih makcik bilik cleaner.

Dilukis sehari sebelum. semangat betol pelajar ni.

Bergambar sebelum makan, cantik kan pelajar aku?..hehehe

cikgu lelaki yang dijemput.

kakak dan abang abang cleaner..

bergambar selepas makan..cantik kan pelajar aku?.

Aku terharu jugak sebenarnya sebab mereka buat kerja dengan baik. Awal awal je kelam kabut..Walaupun tak ramai pelajar yang hadir, tapi takpelah..puas hati..

Kadang tu rasa bersalah jugak sebab tak semua guru yang dijemput. Aku pun tak tahu nak buat macam mana, kalo jemput semua, ..tak cukup pulak makanan, tak jemput kang, takut ada yang terasa. Tapi tak apa laa..benda dah lepas, persiapan pon last minit, then tak cukup dana..hehehe.

Terima kasih ye semua.
Sedap nasi lemak.
Sedap mee goreng.
Sedap Apam.
Sedap Kek Cokelat.
Sedap kek ( cikgu lupa nama ).

Tapi sayangnya 
semua tak sempat nak ambik gambar.

Assalamualaikum.

.


Tuesday, October 23, 2012

Jamuan Akhir Tahun Kelas.

Assalamualaikum.

Esok, kelas yang aku mengajar akan adakan Majlis Jamuan Akhir Tahun. Aku pulak terpinga pinga, tak tahu nak buat apa, dahh la aku ni guru kelas. Dorang pun tak serius sangat bila di ajak berbincang. Masing masing main main, then ada yang taknak bayar.

Bab mintak duit dari student ni, aku tak suka sangat benonya. Ramai student aku datang dari golongan orang susah. Even RM5 sekalipun, mungkin boleh membebankan ibu bapa mereka..Ahh, suka hatilah, nak bayar ke tak, aku sponsor sikit je..

Dorang plan nak buat nasi lemak, then mee goreng. Aku okey je. Tadi keluar gi kedai cari pinggan dan cawan polisterine.

Harap harap, esok semua okeylah.
Risau makanan tak cukup je, Bila disuruh bawak makanan dari rumah.
Mereka taknak, esok ramai jugak cikgu yang join.
Aku serahkan pada mereka je.
Hehehe.

Assalamualaikum.

.
.

Macam Mana Kami Dapatkan Laporan Cuaca.

Assalamualaikum.

METAR.

Kiranya, nilah salah satu cara kami dapatkan keadaan cuaca semasa dan forecasted weather. Sebelum fly kena check dulu cuaca, sama ada selamat tak untuk kami fly.


Aku rasa, tak perlulah aku nak elaborate semua data kan, cukup lah sekadar aku bagi tahu, keadaan cuaca di Kota Bharu sekarang ni ( although it is observed within 5 nautical miles radius ), tapi keadaan cuaca lebih kurang sama je bila diluar kawasan pemerhatian.

Cuaca sekarang ni di Kota Bharu.

Angin sepoi sepoi bahasa, jarak penglihatan pon amat baik, dan cloud boleh dikatakan rendahh..suhu sejuk sejuk je..

Ramalan cuacanya pulak :

Ramalam cuaca pada pukul 1 tengah hari - 4 petang. Awan akan turun rendah, dan akan berlakunya hujan dan jarak penglihatan akan berkurang. 

Jangan jemur baju. dan pastikan viper kereta berfungsi dengan baik okey!!.
kehkehkeh.

.
Rindu nak fly.

Have a goooddd daayy.
Assalamualaikum.

.

Monday, October 22, 2012

Why I Choose Blackberry Instead of Samsung and iPhone.

Assalamualaikum.

Dah tentulah aku takda duit.kehkehkeh.. Kiranya, inilah kali pertama aku pakai smart phone guna duit sendiri. Telepon paling canggih yang aku pernah guna was Nokia N73..Tu pon dapat dari umi aku, dia taknak guna, takda pekdah guna tepon macam tu, baik bagi kat anak sulung dia, yakni aku. Boleh lah jugak aku ambik gambar dan dengar lagu kan??..

Then, saban tahun, makin banyak gadget yang keluar, dari produk Apple, kepada produk Samsung. Aku perasan, Samsung dulu takda nak famous dengan smartphone ni melainkan peti dan tibi. Pastu kita famous jugaklah dengan Blackberry. siapa sangka dulunya nama buah dah jadi nama smartphone??..kan kan??. Saban tahun tepon berubah, tapi aku tetap dengan tepon nokia..mudah, mesra pengguna..sebelah kanan key select, sebelah kiri, key back..mudah ceritaaa..

Setelah sekian lama, baru aku tahu kepentingan smartphone ni.. But not iPhone dan Samsung. Sebabnya??..aku rimas dengan touchscreen..dah lah screen tak cukup besar, pastu nak taip pon tak merasa..takda feel..kalo tab @ pad, aku suka, banyak application dan games yang amat seronok dimainkan dengan touch touch giteewww...dah lah besar.siap boleh senggengkan kepala lagi main Need For Speed..

Then aku jatuh cinta dengan blackberry. Blackberry ni murah, kau ada RM 500, kau dah boleh beli dahh..kena pandai cari la, dan jangan mudah tertipu okeyy..

Selain sebab takda duit dan tak suka hanphone touchscreen

ada BBM. smartphone lain takda BBM..seronok guna BBM ni.


ada Whatsapp, tapi smartphone lain pon ada whatsapp.
Group kitorang, hayun teloq, habis londehh.kehkehkeh.


Check email macam check mesej..mudah kan??

Pada sesiapa yang rasa nak simple simple je, tak nak touch touch, taknak game, taknak apps yang entah apa apa, aku prefer korang guna Blackberry, mudaahh, senang, mesra pengguna..harga pon murahh..dan internet servis pon sangat sangatlah murahhh. Kiranya Blackberry ni untuk business lah, bukan for entertainment..

Celcom ada sediakan internet servis yang amat murah even untuk pengguna prepaid sekalipon..sangatlah berbaloi okey..jom kita tengok dulu pakej yang disediakan celcom.

BIS untuk pengguna celcom prepaid like me..sangat berbaloi okey..

Okeylah. Setakat tu je kot.
Assalamualaikum.

.

Teka Tajuk Lagu.

Assalamualaikum.

Selalu macam ni..selalu rasa lapar..mungkinkah tahap metabolisme aku semakin mencanak naik setelah meningkat usia awal 20-an??..nak makan, tapi makanan tak selalu ada, nanti nak kena sedia stock makanan, maggi, sup cendawan, soya V-soy, roti dan macam macam lagi.

Yang bestnya, banyak mana aku makan pon, sure berat badan susah naik..harap macam tulah sampai ke tuaaa..kaaannn??.



Dalam kelas tadi, tanda kertas exam, sambil dengar lagu di earphone, sangat tak profesional okeyy..tak apa, sekali sekalaaa..kehkehkeh..Masa tanda kertas exam tadi, ada la 5,6 orang student berkerumun, saje nak tengok macam mana aku tanda..Sambil sambil tu, sempat jugak kami main satu gamee..

" Teka lirik ".

" Okey ye, cikgu nyayi, kalo awak teka dengan betul tajuk lagu, cikgu upkan markah matematik!! "..

" Nak nak nak " - pelajar guwa.

" Okey, dengar saya nyanyi ni, sape teka dengan betul , saya tambah 10 markah untuk kertas math dia ". lagu dalam blackberry dimainkan.

" Okey ". aku dah mula nyayi.

" Adik pandang-pandang pandang pada siapa
Kalau pada abang hai gembira rasanya
Adik senyum-senyum senyuman yang menggoda
Adik jangan bingung kami belum berpunya. "

- Nyayi sambil tanda kertas.


" Oloohhhh, gatalnya cikgu hari ni " - tegur salah sorang pelajar guwa.

" Oyak ( bagitahu ) saya gatal, saya tolak markah!! " - tegas guwa.

" Errr, Faizal Tahirrr!! " - jerit pelajar guwaa..

" Salaaahhhh "..

" Awiee!! ".

" Salah, awie nyayi lagu rock!! ".

" Teeetttt, habis dahhhh, senario!!, zapin usik mengusik ".

" Mana aciiii gitu cikguuu ".

" Tak dapat 10 markaaahhhh ".
Fuuhhh, nasib baikkk.

kehkehkehkeh.

Have a good dayy people.
Nak makan japp.

Assalamualaikum..






Lega.

Assalamualaikum.

Leeggaaaaaaaa...
Key in data pelajar dah hampir siap..ada masalah 2 orang pelajar je.
Maklumat bapak tak lengkap sebab ayah mereka dah meninggal..

Leeggaaaaaa...
Selesai sudahh tanda kertas exam..

Leegaaaaa..
Kelas Matematik tingkatan 4 dah habisss..
Lepas raya nanti, dah tamat kontrak.
sekolah panggil adakan kelas.
Kelas berbayar giteewww..

Legaaaaa...
Resume pun hampir siap.
Cumanya logbook tak dapat scan lagi.
Logbook ni besar sangat..tak muat..
Nanti la nak gi bandar..
Scan kat kedai buku.

Pasni boleh blogwalking macam biasa dah.

Alhamdulillah.

.

Hmmm.. Pelajar Pon Tahu Dah.

Assalamualaikum.

Sejuknya hari ni..2, 3 hari ni, hujan je area pantai timur.
Pada yang ada plan nak datang Pulau Pulau area Terengganu ni.
Jangan dok bermimpi okeyyy.
Dengar khabarnya, Pulau Perhentian dah nak tutup..
Pulau pun tutup okeeyyy.

By the wayyy.
Tadi ada beberapa student perempuan masuk dalam bilik guru.
then terusnya disound aku yang dok tanda kertas exam ni.

" Cikgu Shuhada!!, Cikgu Shuhada!! ".

" Cikgu tulis blog ke?..saya baca blog cikgu!!".

" Cikgu dah beli blackberry baru??..cikgu dah beli kemeja putih??".

Amboi..cikgu pompuan yang lain dok tengok je..malu lah cikgu..
Kehkehkehkeh.

dari mana dorang baca blog aku pun aku tak tahu.
Dah lama aku tak ping blog dalam facebook.
sebab ada beberapa student aku dah jadi friend dalam facebook.
segan lah kalo dorang baca..

Dorang ada request friend dalam facebook.
aku tak approve lagi, ada sebab sebab yang tertentu.

Bukan apaaa...

Kadang tu..setiap 5 minit..ada je status baru dorang.
Bukan status biasa biasa..Tapi status maki maki.
Manja manja..
" Iteww induw at dye ".

Taknaklah macam ni okey.
Hehhee.

Nanti jangan bising dalam bilik guru ye.
Kita bising kat luar tak apa...:)
Dari mana awak tahu blog saya ye?..
Ada tersesat ke sini ke?.


Assalamualaikum.
Have a goooddd daayy.

.

Sunday, October 21, 2012

Rasa Kecewa Tu Perlu.

Assalamualaikum.

hopefully, doing this can motivates them :)


Sekarang sibukkan diri tanda kertas exam..
Rasa kecewa pon ada, risau pon ada dengan prestasi pelajar form 4 ni.
Banyak soalan yang ditinggalkan kosong.
Mungkin dorang tak sedar lagi kot SPM tahun depan.

Assalamualaikum.

sorry tak dapat blogwalking macam biasa.
Busy, dah tak macam biasa dah.

.






Meet Miss Rachael.


Tadi ada few programe.

Salah satunya, Majlis Perpisahan sorang cikgu English Teaching Assistant (ETA)
Cikgu ETA di dibawa khas dari Amerika Syarikat under FullBright Scholarship
sponsored by United States Department of State, Bureau of Educational and Cultural Affairs.
Tujuannya, nak tingkatkan penggunaan bahasa inggeris untuk pelajar..


Miss Rachael diberi nama..umurnya aku tak sure, awal 20an kot. Selepas chit chat dengan dia. Selepas tamat belajar di salah sebuah universiti di Amerika, dia terus Apply programe FullBright Scholarship..Tambah beliau lagi, kerajaan US akan hantar mereka ke serata dunia dan dia memilih Malaysia sebab dia nak belajar budaya Malaysia..

Cikgu Rachael ni dah 9 bulan menjadi guru di sekolah aku mengajar, dan hari rabu nanti ( 24 October 2012 ) will be her last day in this school. Dia juga bagitahu, dia rindu family dia, dah hampir setahun tak balik US..sebabnya?..tiket terlalu mahal, RM6000+ dan dia dinasihatkan untuk tidak balik sebab peralihan budaya yang sekejap mampu menggangu beliau.

Rabu nanti kita jumpa lagi ye Miss Rachael. Tak sembang lama tadi..busy..tu pun first time sembang, sebelum ni dok " hi hi, morning morning je "..Goodluck in your future..

Balik sekolah, terus shoot jumpa si pipi tembam..kehkehkeh..terima kasih sebab bagi lauk tadi..sedaapppp..


Few days ni, busy je manjang.
Hmmmmm...
sorry ye sebab dah rasa lama sangat tak singgah blog member lain.

Have a goooddd daaayyy.
Assalamualaikum.

.

Friday, October 19, 2012

Gembira Dapat Lesen dan BB.

Assalamualaikum.

Entry ni dikira entry gumbira sebenarnya..sebabnyaaaa..
Semalam aku dah beli Blackberry baruu!!..Yaaayyyyyy!!!.
Beli model curve 9300 je..puas hati jugak walaupun dah beli,
then baru jumpa yang lagi murah..
dapat jugak aku pakai BB kan?..
kehkehkeh.

Maaf lah, minggu ni tak dapat nak blogwaliking mana.
Busy..banyak benda kena uruskan dan sometimes tu,
mood nak blogging ni takda..

Kita citer hal semalam jap ye..


Pukul 3 semalam, drive ke Kota Bharu sebab nak ambik lesen kaler biru tu ( commercial pilot license )..Sebelum ni, masa kita training, kitorang dah ada 2 lesen. Yang kaler hijau tu.. Student Pilot License ( SPL )..Yang kaler cokelat tu Private Pilot Lisence...dan lepas yang kaler biru tu kan, akan ada satu lagi lesen, dipanggil Airlines Transport Pilot License ( ATPL ), kalo dah ada ATPL, baru lah sorang pilot tu naik pangkat jadi captain..paham?..Nak dapatkan ATPL ni, sorang pilot tu mesti fly more than 1500jam..kalo tak silap lah..



Sekarang ni sibuk dok tanda kertas exam tingkatan empat. Final year dorang..sakit kepala jugak tanda sebab jawapan mereka pelik pelik..usahalah kita ni cari markah, nak bagi markah..tak bagi kang..merayu rayu..kehkehkehkeh..final exam tahun ni kena tanda 2 kelasss..


Kandungan lesen tu..selain page kat atas ni, macam macam page lagi yang ada.. ada page sijil kesihatan, aircraft rating, radio license..tebaaal...Alhamdulillah, selepas dua bulan tunggu..pasni kena sibukkan diri buat resume pulak..

semua gambar dari BB baru woi!

BBpin aku : 29CCDD09.

Tak apa ke expose BBpin?..
Nombor nak sama dengan callsign aku. 2959.kehkehkeh.

Have a good dayy.
Assalamualaikum.

.

Monday, October 15, 2012

Terima Kasih Nuffnang.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah..sakni baru je balik dari Jerteh.
Ada keluar cari makanan sikit..sikit jeee..tak banyak.
Rezeki Nuffnang untuk bulan ni, Rezeki dari Allah.
Walaupun tak banyak mana..tapi Alhamdulillah laaaa..boleh beli makanan.


daripada cek, ditukar kepada duit oleh staff bank, pastu, duit dikeluarkan guna mesin, pastu duit bertukar menjadi makanan selepas melalui beberapa adab jual beli di sebuah pasaraya.


Terima kasih lah Nuffnang sebab bagi income blogging ni.
Boleh kita makan V-Soy, Gardenia, Sup Cendawan.
Sri Kaya, Lemak Lembu jenama FarmCows, lada hitam cap siam.
Boleh gemuk tak makan benda ni?


Tadi, kita rasa kita jumpa dengan sorang blogger ( fifie ) kat Jerteh..
Ralit je pilih barang kosmetik..kehkehkeh..
Rasanya tak salah orang dah.

Have a goodd daayyy people.
Assalamualaikum..

.

Cerita Pagi, Drebar Pompuan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk hari ni.
Walaupun tak sepenuhnya sihat lagi, tapi okeylah compare dengan semalam.
Hari ni badan banyak keluarkan peluh..rasa segar je..
Risau jugak, peluh banyak keluar ni..kang tetiba bau badan pun keluar.
Nasib baik ada bawak perfume.kehkehkehkeh.

Pesen aku ni, 
pagi pagi, aku santai je masa drive.
Pedal minyak tu, macam taknak tekan je.
Kalo tekan pon, tekan guna hujung kaki.
Santai je, ambik angin..hirup udara. ( tarik nafas dalam dalam, lepas perlahan lahan, tariikkkkk, hahh! )
Sedang dok santai santai.
Aku perati satu kereta mengekori rapat dari arah belakang.
Yelaaa kan, dah nama "mengekori", mestilah dari arah belakang.
Kereta tu macam nak cepatt je, lewatt keje kot..eh, tengok jam, macam awal lagi.

Pastu, bila ada ruang memotong.
Peccuummmmmmmm, dia terus potong kereta guwa ( nak try guna ayat guwa pulak ).
Berselisih je dengan kereta guwa..driver tu pandang je guwa.

Eh, perempuan rupanya.
Amboi, masam je muka bila kita bawak pelan pelan.
Amboi...amboi amboi...
kehkehkeh

Baru je nak ada momentum blogwalking,
tengok pada tarikh.
Dah pertengahan bulan sepuluh.
Kerja isi borang online ni banyak lagi tak siap.
Haishhh...

Have a goodd dayyy people.
Mulakan hari isnin mu dengan senyuman.
Walaupun baru je habis weekend kan.

Nak ke kantin sattt.
Laaappaaarrr.
Assalamualaikum.

.

Sunday, October 14, 2012

Demam.

Assalamualaikum.

Dah 2, 3 hari dah tak update blog.
Demam.
Weekend lagi.
Makin elok kot.
Rasa hanyut je kepala ni.
Badan pon sekejap sekejap panas.
Sekejap sekejap sejuk.
Haishh.

Take care.
masa sakit macam nilah teringat waktu sihat.
Assalamualaikum.

.

Friday, October 12, 2012

Info Mengenai Airways.

Assalamualaikum.

Standard Instrument Departure for Runway 16 Johor.

  • Setiap airport ni kan, ada procedure yang tersendiri untuk depart and arrival. Pilot bukan ikut sedapp je nak pusing mana mana.
  • Luas sesebuah airways adalah 10nm ( 20km ) lebar with radius of 5nm from centreline of the airways. Tak silap aku, ada sedikit perbezaan dengan airways di US.
  • Setiap chart dan procedure ni disimpan di dalam Flight Management Computer ( FMC ). And whenever pilot on the autopilots, the inputs are taken from the FMC that has been inserted by the pilot during the ground preparation.
  • Localizer ( lateral guidance ) and also glideslope ( vertical guidance ) are the main indications for landing.
Kalo korang berminat nak baca pasal airways flying from Johor to Penang, boleh lah klik link ni : Johor to Penang Airways..


Nak qada balik blogwalking.
Tadi aku tidur je.

Assalamualaikum.

.

Susah Makan.

Assalamualaikum.


Aku rasa, lengan aku ni makin mengecil, kalo timbang balik berat, confirm turun. Tak suka lah macam ni. Tak cukup makan, calories use is more than calories intake. So takkan ada penambahan berat badan..protein pun tak cukup..

Bila aku lapar, aku akan tahan, selagi orang tak sediakan makanan, selagi tulaaa aku tak makan.Takda disiplin sungguh. Mungkin aku ni dah tergolong orang yang dah wajib kahwin?..Kahkahkah.

Salah satu nikmat kahwin ni, makan minum suami terjaga. Sebab tu laki kahwin ni main berisi. Aku nak berisi, taknak boroi.

Demam makin berkurang.
Yaayyyy!.

Salam jumaat.
Assalamualaikum.

.

Thursday, October 11, 2012

Sebab Aku Rotan.

Assalamualaikum.

Di entry sebelum ni, ramai kata aku ni garang sebab bawa rotan dan rotan pelajar.hehehehe. Sebenarnya kan. Semua cikgu kat sini bawa rotan semasa mengajar. Cikgu laki, cikgu perempuan, semua bawak rotan. Sebabnya, student kat sini, tak hormat arahan cikgu. Bila disuruh buat apa apa, confirm dorang takkan buat selagi dorang ada rasa takut..memang kena dipaksa untuk belajar..

contohnya. bila aku jumpa student tak masukkan baju kedalam. Aku panggil...

Kalo aku tak bawak rotan , confirm dorang lari, kalo aku bawak rotan dan acah acah nak pukul, confirm dorang buat apa yang aku suruh.

So, kiranya, rotan ni pentinglah untuk didik pelajar disini..

Actually, tadi, student yang aku rotan tu takda menunjukkan sikap dendam lah. Sebab bila aku rotan ( rotan perlahan lahan ), aku akan "gosok" balik. Tunjukkan kita cakna kat student tu.

Aku tanya student.

" awak ada masalah ke?.soalan mana tak dapat jawab tu?, biar saya tolong ".

Masa tu, memang dia masih lagi merajuk. dia senyap je.

Lepas tu, masa nak balik tadi, dia datang personally kat aku, dia mintak maaf dan suruh aku ajar matematik dan dia ada mintak soalan topikal matematik..baguslah macam ni, ada usaha.

Dan kelas sebelum tu pun, aku ada rotan student laki sebab dia bergurau masa aku mengajar. Hari ni aku tak sihat, rasa macam nak demam, tekak pon sakit. Agak marah jugak la bila kita tahan sakit mengajar, mereka bergurau kat belakang..

Mungkin sebab dia tengok aku batuk batuk masa mengajar..lepas balik..dia salam, dan mintak maaf..Dorang ni nak SPM, kalo aku tak buat apa apa time dorang main main, rasa tak eloklah..SPM dah dekat kan.

Demam makin teruk. sabtu nanti ada kelas tambahan.

Terima kasihlah, ada bakal cikgu dan cikgu komen di previous entry aku dan bagi cara yang lebih baik..terima kasih ye..

Assalamualaikum.

.


Layan Pelajar Perempuan.

Assalamualaikum.

Hari ni, aku jaga exam tingkatan 4. Sejarah kertas 2. Kertas dua ni, dorang kena jawab dalam bentuk subjektif, kiranya susah nak meniru lah, melainkan dorang main campak campak kertas yang ada tulis jawapan..yang tu memang sengaja cari pasal lah..

Masuk kelas tadi, aku terlupa nak bawak rotan. Sebab aku rasa, perangai student kelas ni baik baik belaka..maklomlah, kelas pelajar harapan sekolah SPM 2013.

Pastu, baru je duduk beberapa minit. Kantoilah sorang budak perempuan nih. Dia belek nota ringkas. Nota tu dia simpan dalam bag, dan bag tu dia just letak sebelah tepi je. Adalah aksi yang mencurigakan tadi..pastu kantoi.

Kelas dah mula bising. aku marah..dorang buat buat tak tahu..dah geram dah time tu..tak hormat lansung..exam ni kan..

Aku terus keluar ke bilik guru dan capai senjata ala ala M16 bagi aku..Masuk kelas je, aku bedal semua student yang aku tak puas hati..aku rotan atas belakang..sakit jugak lah kalau kena tu..student perempuan yang kantoi nota tadi pun aku bedal, tapi bedalan perempuan tak sekuat bedalan lelaki lah..bedal bedal manja macam tu.

Pastu tetiba student perempuan ni emo. Dia buat buat tidur. Aku tak sure, time tu dia nangis ke tak..tapi aku rasa, dia merajuk dengan aku kottt...Pastu, dalam diam, aku singgah meja dia..dia ada tulis.

" Ma, goyah rindu ma,  goyah takleh jawab exam sejarah ni, 
ma baliklah cepat, seminggu tu lama, 
semua tak kena bila ma takde rumah ".

Goyah tu bukan nama sebenar, takut jugak tulis nama sebenar, takut ada student terbaca.

pastu dia lukis gambar love banyak banyak dalam kertas soalan..

Rasa kesian sekejap.
Aku tak reti sangat treat student pompuan ni.
Rasa macam terlebih kasar.


Baru sampai rumah, ada mesyuarat SPM tadi.
Rasa nak demam je, nak tidur dulu.malam nanti kita jumpa.
Assalamualaikum.

.
.

Macam Ni Pon Best Jugak.

Assalamualaikum.



Cuba bayangkan kita main guling guling atas ni, pastu tetiba, datang burung helang, kita kejar burung helang tu, pastu lepas penat kejar helang, kita jumpa pelangi, kita pun panjat pelangi dan lepak lepak atas pelangi. Pastu, kita pon bosan, kita pon jadikan pelangi tu gelungsur kitaa...Pastu dari jauh mak sound, " hati hati main tu, perhati kiri kanan, kot kot ada kapal terbang melintas "..kita pon sengeh sengeh je.

Bila senja je, kita tengok matahari tenggelam sama sama dihujung barat sana. Bila malam je, hidup kita ditemani bintang bintang dan bulan jelas terang dekat dengan kita.. Kita pun tertidur diselimuti kedinginan awan tu..


Keesokannya, awal awal pagi lagi, kita jumpa lagi pelangi, lepas breakfast makan telur helang masak separuh, kita main gayut gayut kat pelangi ni, konon konon nak exercise lah..

Pastu nak buat apa lagi ye?


Have a good day people.
Assalamualaikum.

.

Cara Halus Tambah Kenalan Blogger.

Assalamualaikum.

Sejak guna interface baru ni, aku tak reti sangat dalam beberapa hal, terutamanya nak follow citer blog yang aku follow di dashborad. Kat mana sebenarnya blog yang diupdate akan muncul di dashboard kita ni?.memanglah kat dashborad, tapi kat tepi ke, tengah ke.....sampai sudahhh aku tak jumpa, dah berkali refresh..padahal, most of the traffics, coming from that source..

Sebenarnya, banyak je cara nak blogwalking kan?..
bukan setakat kat dashboard dan bloglist sendiri kan?

  1. Buat satu blog untuk bloglist - Aku ada dua blog, satu blog yang kau baca ni, dan satu lagi blog untuk bloglist. Buat masa sekarang ni, aku hanya masukkan beberapa blog dalam bloglist, tak banyak lagi..dan kebanyakan blog yang dimasukkan tu adalah blog yang aku baru kenal..nak tambah rakan dalam blog ni senang je, tapi nak remains connected tu susah..kan?..so, buatlah satu blog untuk bloglist..
  2. Blogwalking Guna Bloglist Blogger Lain - Kiranya, blog yang kau singgah tu jadi orang tengah lah. dan cara ni senang nak tambah rakan dalam blogging ni. Tak perlu guna bloglist sendiri. Keadaannya macam ni, Kau masuk blog A, pastu kau klik top updates bloglist dia which is Blog B. Pastu kau komen entry blog B. For sure, dalam masa yang singkat, dia akan singgah balik blog kau..kan dia baru je update..tentulah dia ngadap laptop lagi..kiranya macam sistem piramid lah..eh, yeke?.
  3. Komentar Paling Bawah - Check masa dia komen. Kalau tak beza jauh dengan masa sekarang. Pretty sure, dia masih online blog.
Dah ramai yang praktis cara ni. Saje je tajuk nak kasi ada "uummmppppp" sikit.

Aku tak tahu korang paham ke tak.
Paham kan?.

Goodnight.
Nak tidur dah..mengantok.
Assalamualaikum.

.



Wednesday, October 10, 2012

Mencari Tapak Tu Susah.

Assalamualaikum.

Entry ni panjang sikit, tapi takda lah panjang mana pon, ambik masa baca sikit boleh?..hehehe.

Realitinya, dalam dunia penerbangan ni, terutamanya bidang piloting, nak mencari tapak tu sangatlah susah. Kalau nak cepat dapatkan diri dalam pilot position, seharusnya ada cable, kalau setakat cable bapak captain jumbo jet, baik tak payah, cable masih belum kuat. Kadang tu, terfikir jugak, adilkah dunia bila orang yang takda usaha zaman belajarnya, tapi dengan senang dapat position yang diimpikan, sedangkan position tu layak untuk orang yang rajin berusaha?

Adil tak adil, kat mana mana pon, itulah realitinya dunia sekarang. Kau malas pon, kau senang dapat kerja sebab bapak/sedara mare kau gila besar punya cable..

Dalam Malaysia ni, bidang piloting amatlah kecik. Jom kita kira satu satu syarikat penerbangan (penumpang) yang ada di Malaysia sekarang, Malaysia Airlines, Air Asia, Firefly, MASwings, Berjaya ( servis to pulau pulau ). Syarikat Kargo pulak, Transmile. Tak banyak kan?.

Secara kasarnya, jumlah graduated pilots yang dihasilkan di Malaysia ni, lebih kurang 200-300 setahun. Itu hanyalah pendapat dan anggaran kasar aku, could be more or less than that. Tapi takda beza jauh lah.. Dan secara kasar pilot intakes untuk setahun adalah 100 setahun dari mana mana airlines I mentioned above..hanyalah anggaran kasar..

Dari pemerhatian aku, industri penerbangan di Malaysia ni ada naik turunnya, pilot demand also ada naik turunnya, dan tahap yang paling kritikal bagi aku adalah pada tahun 2007-2012. 5 Tahun indsutri penerbangan Malaysia bergerak perlahan, dan August lepas, Bharian mendedahan isu Eklusive isu Juruterbang Menganggur..



Alhamdulillah, Department of Civial Aviation Malaysia ( DCA ) memainkan peranan yang penting untuk menangani isu ini dan keluar pulak berita positive apabila satu airlines akan ditubuhkan dengan kerjasama antara NADI ( syarikat kerajaan Malaysia) dan juga PT group ( Lion Air, Indonesia ) akan memulakan operasi penerbangan murah yang diberi nama Malindo (Malaysia Indonesia ) Airways untuk memberi lebih cabaran kepada Air Asia.

legaaaaaaa...

Diharapkan penubuhan Malindo Airways yang akan mulakan operasi pada Mei 2013 akan memberi ruang dan lebih banyak peluang kepada jobless pilot seperti aku ni.

Mungkin kah 2013 menjadi tahun langkah kanan dunia penerbangan Malaysia?

Bila dah ada tapak, senanglah..kumpul pengalaman dan jumlah jam penerbangan.

Untuk pengetahuan Pakcik dan Makcik sekalian, ramai senior pilot Malaysia yang berkhidmat di luar negara seperti Etihad, Emirates, Qatar, Hong Kong, even Korea pon ada. Pilot Malaysia di mana mana. dan cita cita aku adalah untuk menjadi seperti salah sorang dari mereka..I want to travel around the world!!.

Terima kasih sebab datang baca.
Assalamualaikum.

.



Makanan Menarik Di Kelantan.

Assalamualaikum.

Perkara yang aku paling suka pasal Kelantan ni adalah masakan dia. Hampir dua tahun aku belajar di Kelantan. Bila ada masa free ( tak perlu tunggu weekend, sebab time weekend pon kitorang fly ) adalah menjadi kewajipan kami keluar makan di gerai gerai dan juga restoren yang sediakan makanan yang lazat lazat.

Hari ni, rasa nak share pulak dengan korang pasal makanan menarik yang ada di Kelantan, for sure, takda kat tempat lain, kalo ada pon, confirm, tak sesedap yang Kelantan. So, Raya Haji nanti, pada mereka yang balik bercuti ke Kelantan, bolehlah singgah kedai makan yang aku akan listkan dibawah ni..

1. Nasi Kak Wok.

Gaul nasi sebati dengan kuah, letak sambal sikit..nga nga mulut..nomnomnomnom.
Glup glup glup glup, *minum air*

Nasi berlaukkan ayam dipotong kecil kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulainya, fulaaammmaaakkkk, marbeles..juga resepi tersendiri...sambal belacan amatlah tidak menduka citakan!!..campuran cili dan belacan yang sangatlah mantap...Ramai kawan aku, yang rata ratanya dari pantai barat menggemari Nasi Kak Wok. Sekali makan, pasti nak cuba lagi.. tak tipu.serius.

Nasi Kak Wok ni sangatlah famous di area Kota Bharu. Dan  disebabkan ada " Gaahhh", ramai yang buka kedai makan berlaukkan yang sama tapi berlainan resepi dengan menamakan gerai mereka " Nasi Kak Wok ", dan " Nasi Ala Kak Wok ".

Dipercayai, gerai pertama yang dijual oleh Kak Wok sendiri terletak di jalan belakang Kota Bharu Medical Centre ( KBMC ). Dan gerai Nasi Kak Wok yang menjadi kegemaran aku terletak di bangunan baru Kubang Kerian, satu bangunan dengan CIMB bank ( tak silap )..Kedai ni dibukak pada pukul 12.30 tengah hari - 4.00 petang. Selalunya, pukul 3 tu dah habis dah..

Habis flying..selalu makan kat sini..Harganya murah je, RM3.50 sebungkus. Boleh tambah nasi dan lauk, tapi kena tambah duitlah..hehehe.


2. Nasi Kukus Ayam Berempah.

cobek ayam, letak atas nasi, letak sambal belacan sikit..nga nga mulut..nomnomnom.
sedapppnya rempah ayam

( gambar dari google, maaf tuan blog )


Di Kelantan ni jugak, tersohor dengan Nasi Kukus Ayam Goreng berempah..Selain rasa nasi tu sedapp, tak sama dengan nasi kukus elektrik, specialnya ada pada ayam. Kalo kena rempah ( resepi tersendiri ) sedappp, maka sedaappp lahhh..bertambah sedap bila dimakan bersama sambal belacan dan juga papadom.

Nasi Kukus yang aku paling suka terletak di Pengkalan Chepa, Nasi Kukus Zaeman, dan juga Nasi Kukus Haikal.. Harga sebungkus nasi kukus ni, RM4.50, kiranya harga standardlah..puas hati sebab dia letak ayam besar..

Kat lain lain pon ada nasi kukus ni, tapi aku paling suka yang Kelantan, rempahnya mantappp, tak mengecewakan..



3. Nasi Ulam Cikgu.

cobek ayam, letak atas nasi, cobek pulak ulam, gaul gaul dengan budu,pastu letak atas ayam 
dan nasi tadi, nga nga mulutt..nomnomnomnom..errrkkkkk..sendawa. Alhamdulillah.


Bagi peminat masakan asli @ kampung Kelantan, Restoran Nasi Ulam Cikgu adalah restoran target anda. Keunikan restoran nasi ulam ni ada pada lauk dan kepelbagaian ulam yang disediakan. Makan ulam, awet muda..Antara menu yang special disini adalah, ikan keli goreng saiz besar, gulai tempoyak ikan patin, ikan haruan, dan budu special. Dipercayai, budu di restoran ini dimasak sendiri oleh tukang masak, dan sudah pasti takda di tempat lain..special kan?.

Dinasihatkan, pada yang nak try makan disini, seeloknya, datang awal, peak hours ialah pada pukul 1-2 tengah hari, dan Restoran ni mula beroperasi pada pukul 11 pagi - 5 petang.

Eh, lupa nak bagitahu, Restoran Nasi Ulam Cikgu ni terletak di Kampung Kraftangan Kelantan, berdekatan dengan Masjid Muhammadi dan Ridel Hotel. Harganya pula bergantung pada lauk yang kau ambik..Nak lebih jimat, makan dengan cara hidang, jangan buat style buffet.

for more, boleh rujuk link ni : Catz cafe : Nasi Ulam Cikgu.

4. Cendol Pulut Tapai. ( CPT )

Gaul kasi sebati, pastu nga nga mulut, masukkan sudu berisi CPT kedalam mulut, tutup mulut, tarik sudu keluar, dan rasakan kenikmatan CPT..sejuk sejuk manis macam tu..kehkehkeh

Dah menjadi kebiasaan aku masa belajar di Kelantan, setiap kali ada free time, aku akan singgah ke gerai cendol pulut tapai kegemaran yang terletak bersebelahan dengan Restoran Kengsom dan berhadapan dengan Nasi Kukus Zakini, aku dah lupa nama jalan tu..Berek 12 kot..tak sure.

CPT ni berbeza dengan CPT di Besut, CPT disini di-blended dengan ais. Dan isi di dalam CPT ni bukan setakat cendol dan tapai ( ubi ) je, ada macam macam lagi, termasuklah, pulut, kacang hitam, jagung, buah kabong, dan lain lain ( tak kenal nama ).

Tang mana specialnya?.

Aku tak sure, tapi campuran gula melaka, santan dan segala isi dalam CPT tu sangatlah sesuai..amatlah tidak mengecewakan, sangat sesuai dimakan bila musim panas.

Selain tu, CPT dekat dengan stadium Kelantan juga tidak mengecewakan, tapi ku jarang makan kat situ, susah nak parking.

for more, boleh rujuk sini : Shelbybaby : Kelantan Eats.

***************************


Actually, banyak lagi makanan menarik yang ada di Kelantan. tak sempat nak review semua, aku buatkan satu list ye.

  1. Nasi Sup dan Daging Bakar berdekatan dengan Hotel Riverview dan Hotel Ridel.
  2. Roti Canai Gear Box di hadapan Muda Osman Kubang Kerian.
  3. Food Village di Pengkalan Chepa, RM20 satu kepala, makan sesuka hati.
  4. Yati Ayam Percik Jalan Long Yunus.
  5. Nasi Kerabu Wakaf Bharu.
  6. Roti Nan Cheese berdekatan dengan Wisma..gebu je roti.sangatlah lembut.
  7. Maggi Ketam Aleemy di Cherang Ruku, Pasir Puteh.

Setakat tu je kot. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku ni ingat ingat lupa..Tadi kat previos entry ada bagitahu nak makan Pizza bila pergi KB nanti, tak jadilah.cancelll...nak cari Nasi Kak Wok ( tapi, macam tak sempat ), kalau tak sempat, nak cari Nasi Kukus, dan Cendol Pulut Tapai.

Kecur ai liur.huh.

Have a good dayy.
Assalamualaikum.

Wordless Wednesday : Tickle Your Taste Buds.

Assalamualaikum.







Gi Kota Bharu nanti nak makan pizza, dah lama tak makan pizza.

Assalamualaikum.
.

.

Moga Bertambah Rezeki Cikgu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai makan kat kantin. Kantin sekolah ni, makanan dia lazat lazat..suka suka..aku paling suka lauk gulai kuning dan ayam berempah, pastu tambah sambal belacan. memang ada ummpphhhhh!!.dah jadi daily menu dah, tak try menu lain..kehkehkeh...kenyang.

Kau tahu tak, minggu ni kan, aku tak spend satu sen pon untuk makan. Setiap kali ke kantin, makan dengan guru lain, mesti ada cikgu yang belanja aku. Ahad lepas, cikgu disiplin sekolah belanja nasi bungkus, isnin pulak, cikgu Arshad belanja, selasa, cikgu helmi ( sebelah meja ) belanja, tadi, pengetua sekolah yang belanja..

Terima kasih cikgu.
Tak tahu nak balas macam mana.
Moga rezeki cikgu makin bertambah.


Pagi Rabu.

Assalamualaikum.


Hehehe, sengeh sorang sorang bila baca komen di entry yang lepas. Sebenarnya, tak kesemua benda tu akan dibeli pakai duit elaun. Mestilah nak kena poww abah sikit, nanti kan dia akan dapar bonus, plus tunggakan..Abah masih lagi tak terima gaji baru walaupun dah setahun dinaikkan pangkat. So, akan ada tunggakan disitu..surelah nak powww..nak poww sikit je.

Tinta Lana suggest, suruh aku kumpul duit buat beli rumah. Lana, Wan ni muda lagi, muda sangat sangat, dan dengan duit elaun tu, rasa tak berbaloi nak simpan beli rumah, sebab sikit sangat sangat sangat.. Rumah mahal sekarang ni kan. Tunggu wan dapat pilot position dulu ye. Elaun guru ganti ni tak cukup untuk kumpul duit beli rumah. Nak kahwin tu, boleh la pelan pelan.. Moga dipermudahkan urusan untuk mendapatkan kerja..

Okeylah, dah nak masuk kelas dahh, duty hari ni, semua kelas form 5. Mereka nak exam SPM 5 November 2012 nanti. Sekarang ni dok sibuk carikan soalan nak suruh mereka buat..kebanyakan soalan datang dari past year questions.

Okeylah, student dah panggil dah.

Ikhlaskan diri nak bagi ilmu.
Moga Allah permudahkan segala urusan.

Have a good dayy.
Assalamualaikum.

.

Tuesday, October 9, 2012

5 Benda Diperlukan.

Assalamualaikum.

Hari tu ada sign borang elaun untuk bulan September. Tanggapan aku sebelum ni silap, ingatkang elaun aku akan dibayar selepas tamat kontrak..Alhamdulillah, takdelah sampai macam tu..Chief Clerk tu bagitahu, bulan October ( yakni bulan ni ) aku akan dapat first elaun..hampir seribu jugak lah.hewhewhew.

Tengok jumlah tu, terbayang bayang benda yang nak dibeli!!.

1. Blackberry.
- Nak nak nak nak nak! sebab ada BBM, ada Whaspp, ada camera. Dapat gaji nanti, nak beli satu. nanti boleh update blog letak gambar dari BB baru!!.kamera yang aku selalu guna tu aku kasi adik pinjam. Maklomlah, dia dah form 5, nak habis sekolah, nak ambik gambar kawan.

2. Kasut Polo.
- Nak nak nak nak!.. Sekarang ni, aku dok gayakan selipar kaler putih aku, sangatlah tak elok sebab dah kotor, dah takda rupa putih dah. nanti nak pakai kasut pulak, nampak kemas..kena tunggu gaji jugak, eh, nak tunggu duit tunggakan abah lah..hohohohoho..tak dapat jenama orang naik kuda pon tak apa..tapi tolak awal awal lagi jenama anak anjing tu..tak lawa..kasut orang tua..

3. Baju Kemeja.
- Nak nak nak!..nak yang kaler biru, hitam dan putih..plain colour!!.pastu nak alter, kasi sedap pakai.

4. Belt.
- Nak nak! - sekarang ni dok pakai belt yang ada jalur jalur..sangatlah tak matang. Nak belt kaler cokelat!.pastu kepala belt tu 2 inci lebar, taklah kecik sangat, sedang sedang aje.

V-soy, susu soya tinggi protein.

5. Makanan Banyak Banyak ( Protein )
-Nak! - Tadi aku baru masukkan chek Nuffnag ke dalam kotak chek CIMB Jerteh. Kiranya esok atau lusa, dapatlah duit tuh.tak banyak pon.. Nanti nak beli makanan tinggi protein, nak beli telur ( buat teler masak separuh ), soya V-soy ( I did comparison dengan susu dan soya yang lain, ternyata, protein dari V-soy lagi tinggi ), nak beli Butter, nak beli roti, nak beli ape lagi eh?.

Simpan duit kahwin pelan pelan.

Goodnight.
Assalamualaikum.

.



Instagram Photo.

Assalamualaikum.

Kita dah ada facebook, kita dah ada twitter, tapi kita takda lagi instagram. Nak ada instagram ni kena ada aplikasi android kan?..nak kena ada gadjet apple kan?..kita tak mampu nak beli..kita takda duit lagi. Kalau kita ada duit sekalipun, kita nak beli Blackberry je.

Dulu, Apple dan Blackberry sekadar nama buah je. Siapa sangka nama buah tersebut diangkat martabat menjadi smartphone?. Dan dulunya mampu dibeli dengan sekeping RM10, tapi kini memerlukan puluhan malah ratusan keping RM10 untuk memilikinya..Kalaulah Newton masih hidup, mesti dia dah jadi duta Apple kan?..mestia dia yang hasilkan law pasal tochscreen kan?..


Yang mana cerdik pandai Instgram, cer teka, gambar kat atas ni guna Instagram ke tak?

Aku suka tengok gambar instagram ni. Walaupun gambar senduk sekalipun, walaupun gambar batu juga diambik, gambar buku, gambar pen, gambar ikan, gambar kucing, gambar kuku...benda simple. tapi hasilnya, EPIC!..

okeylah.
Assalamualaikum.

.

Redbullstratos : Terjunan 120,000 Kaki

Assalamualaikum.

Felix Baumgartner - 43, this Pilot will jump from 120,000 feet.


KUALA LUMPUR 8 Okt. - Maxis Berhad (Maxis membawa pelanggan telekomunikasinya melihat acara langsung terjunan bebas dari 120,000 kaki di New Mexico di udara pada 8 malam ini (tertakluk kepada keadaan cuaca yang sesuai).

Menurut satu kenyataan memberitahu, Maxis menjadi penyiar mudah alih tempatan rasmi bagi Red Bull Stratos, yang direka oleh Red Bull Blue & Silver (Produk Eropah), dan Felix Baumgartner, satu misi ke hujung angkasa.

"Baumgartner akan menaiki 120,000 kaki ke angkasa di dalam belon stratosfera merentas New Mexico, dan membuat lompatan bebas ke Bumi untuk memecah halangan bunyi pada kelajuan supersonik sebelum berpayung terjun ke darat.

"Maxis akan membawa acara ini secara langsung dengan melayari RedBull Stratos atau melawat Mylaunchpad kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, tujuan projek berkenaan bagi mengumpul data berharga untuk sains menyumbang kepada peningkatan keselamatan perjalanan angkasa dan membolehkan perlepasan altitud tinggi daripada kapal angkasa.

“Lompatan ini juga akan cuba untuk memecahkan pelbagai rekod seperti kelajuan tertinggi dalam jatuhan bebas, lompatan tertinggi dan penerbangan belon tertinggi yang dikendalikan oleh manusia," ujar kenyataan itu. - UTUSAN



***************

Wow!!, hebat, jangan lepaskan peluang untuk menonton terjunan ini.

Sila lihat the mission timeline : here.

Mission Streaming Video : Here.

Assalamualaikum.
.

Beli Coli.

Assalamualaikum.

Setiap kali umi nak ke kedai AVON, maka akulah yang kena jadi drebar dan peneman. Sakni, baru je balik dari kedai AVON Jerteh. Umi aku ni pengedar barangan AVON, pengedar kecil kecilan je. Jiran tetangga lah yang menjadi regular customer. Eye shadow, perfume, deodarant,losyen, coli, semua ada disimpan rapi dalam kotak di ruang tamu..

Mungkin dah habis stok kot. Tu yang ajak keluar pergi AVON tu.

Jadi, lepas balik dari sekolah, selesai lunch kat rumah. Aku dan umi terus ke kedai AVON..Sampai je sana, aku perhatikan sekumpulan perempuan dok memilih coli di salah satu bucu terlindung disebalik belon belok iklan AVON.. Aku buat bodo  je, duduk di salah satu meja.. taknak beri perhatian sangat..sekali salah sorang dari mereka pandang aku. Aku pandang kearah pintu..tengok kereta lalu lalang..nak cover.

Sambil aku dok tengok kereta lalu lalang.
Pastu dengarlah suara manis manis manje perempuan awal 20-an.

" Eh, besarlah yang ni, yang aku kecik je.hihihihi ".

" Kak, size 36B ada?..40C ada? ".

Aku dah mula membuat persoalan berbentuk hipotesis. Adakah semakin besar nombor, semakin besar saiznya?..erk.. Time tu, aku dah mula rasa malu malu. Nak keluar, tak tahu nak gi mana. Bandar Jerteh ni kecik je..Sebelah kedai AVON tu, kedai Emas, takkan nak masuk kedai emas kan?..cehh, alasan.malas sebenarnya nak keluar..nak duduk je.

Sekali lagi, terdengar suara manis manje. Yang pastinya kali ni bukan orang yang sama.

" Eh, ada orang laki laaa ".

Mereka semua pandang aku. Malu rasanya. Aku terus keluar menuju kedai Handphone, nak usha Blackberry lah pulok..

Lepas ni tak nak masuk dah. 
Boleh tahan ramai yang beli coli tadi..Aku sorang je laki.
Maaf ye entry entah pape, ni kan blog personal.

Bye.
Assalamualaikum.

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...