Saturday, January 12, 2013

Kitab Tajul Muluk : Cerita Atok.

Assalamualaikum.

Atok aku belah umi ni ada satu kemahiran untuk tafsir Kitab Tajul Muluk, dia mewarisi ilmu ni dari ayah dia ( moyang aku ) yang menuntut ilmu dengan seorang ulama tersohor di Kelantan dulu, Tok Kenali ataupun nama sebenar beliau ialah Muhammad Yusuf Bin Ahmad, seorang pengaruh kuat Imam Ghazali. Dan salah satu ilmu yang atok warisi dari Tok Kenali ni adalah ilmu tafsir Kitab Tajul Muluk.

Kitab Tajul Muluk ni diadun dengan ilmu astrologi dan sering kali digunakan untuk memilih hari yang sesuai..Actually, banyak pendapat pasal kitab ni, kalo nak tahu, boleh google sendiri lah ye..Aku pun selalu terlupa nak tanya Atok aku pasal kitab ni setiap kali kami balik kampung..

Ada satu cerita pasal penggunaan Kitab Tajul Muluk oleh Atok aku.

Ceritanya macam ni :

Dulu, Atok aku ni nelayan. Sebelum dia turun ke laut, dia akan refer dulu kitab ni untuk pilih hari yang sesuai. Pada masa tu, sorang tokey ikan ni nak hasil tangkapan atok aku ni pada hari Rabu ( let it be hari Rabu ). Tapi setelah refer Kitab tu, hari Rabu ni adalah hari yang tak comey untuk turun ke laut.

Tapi Tokey ikan ni terdesak sangat nak hasil tangkapan atok aku. Pagi Rabu tu, sebab nak jaga business dan hati tokey tu, atok aku sebagai tekong, bersama awok awok dia terpaksa turun ke laut. Cuaca cerah pada pagi tu..

Selepas beberapa minit di laut. Cuaca yang cerah, bertukar menjadi gelap,ombak pulak mengganas dan hujan turun dengan lebat. Atok aku berdoa moga tiada kejadian buruk yang berlaku. Mereka terpaksa cancelkan aktiviti menangkap ikan pada hari tu dan bertolak balik ke daratan.

Lepas tu, Atok aku perasan, ada satu ombak yang besar jauh disebelah tepi kapal. Kalo ombak tu menghempap kapal dari tepi, sudah tentu kapal akan terbalik dan karam. Tapi sebelum ombak tu menghempap kapal, atok aku berjaya mengemudi kapal selari dengan ombak dan cara ni berjaya elakkan kapal atok aku dari kena hempap ombak tu.

Selain tu, banyak lagi cerita pasal kitab ni. Masa nak buat kenduri cousin aku dulu. Mak Cik aku suruh atok aku pilih hari yang sesuai sebab kenduri tu akan diadakan pada musim tengkujuh. Alhamdulillah, date yang atok aku pilih tu sangat sesuai. Hari sebelum kenduri tu, hujan lebat untuk 2, 3 hari. Tapi masa kenduri, hujan rintik rintik je, dan selepas kenduri tu. Hujan kembali lebat.

Satu lagi, atok aku ni boleh sembahyang hajat untuk orang yang nak beranak. Jiran aku ni, dijangka akan beranak dengan cara pembedahan. Tapi selepas minum air semayang hajat atok aku, hari tu jugak dia beranak dengan cara normal.

Atok aku cakap, dia hanya ikhtiar. Allah yang tentukan. Orang kampung selalu refer dia kalo nak pilih hari yang sesuai untuk apa apa aktiviti, termasuk juga hari nak beli kereta. ( Ni cerita abah aku, nanti aku cerita )

Aku bagitahu umi " Iwan nak belajar ilmu dari ayoh ( atok ) "

" Ilmu macam ni, bukan sebarangan orang, orang yang betul betul beriman dan alim je ". - balas umi aku.

Terasa pulak titeww..hehehe.

Assalamualaikum.

.

.



23 comments:

  1. hehehe..direct je umi wan sound eh..:P

    hari tu tunang ade jugak cakap nak rujuk org yg pandai tajul muluk untuk tengok tarikh ape yg elok nk wat kenduri..tapi tak tahu nak cari mane..ntah kat die..tapi saya dah request satu tarikh dah kat die..kui3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IN NAS SONAA WAA TA TANA' ANIL FASHA WAL MUN KARI WALA ZIKRULLAAHI AKBAR'

      "Syrik boleh berlaku dimana-mana , berhubung tidak salah, Mempelajari tidak menyalahi, memiliki tidak salah, yang salah adalah mempertuhankan selain dari Allah S.W.T"

      Delete
  2. perghhh.. sentap abe we kite haha.

    kalo umie nak buat majlis2 nanti , atok wan be ready :)) ilmu macam tu bukan org biasa wo boleh dapat... berharap abe we kite ni boleh mewarisi. ameen

    ReplyDelete
  3. hahaha...teras pulak titew...hebat ilmu atok tu..:)

    ReplyDelete
  4. wah...ayat tu mmg menusuk...hahaha

    ReplyDelete
  5. Wannnn nak mintak Atok wan tolong pilihkan tarikh wedding yang molek lah untuk fie. Heeee. Takut jugak kea benda benda nak nikoh nie. Debarrr

    ReplyDelete
  6. perh this is incredible. belajarlah wan hehe bila lagi. amik pesanan umi jadi semgat ccewahhh. bole mintak tolong tgk2 tarihk nikah tahun dpn

    ReplyDelete
  7. huhuhu.

    orang dulu-dulu mcm tu kan? tapi orang sekarang mcm jarang dah ade.

    ReplyDelete
  8. Wannn ape yg Fie request tu na pun Nakkk =DDDDD

    ReplyDelete
  9. hehe. takpe wan, benda ni boleh belajar nnti bila wan dah sedia betul2.. :)

    ReplyDelete
  10. Nak jumpaaa atok.. Atok special laa..

    ReplyDelete
  11. Hebat betul.. Bukan semua orang boleh ada ilmu macam ni. Orang zaman sekarang lagi la mengarut ilmu dorang.

    ReplyDelete
  12. hehe....kalau Wan dpt belajar bagus gak tu hehe...tak apa, tambahkan ilmu di dada tu hehehe :)

    ReplyDelete
  13. heee. Ilmu mcm ni mmg kena betul2 org yg alim dan tawaduk. tp dpt belajar sikit2 pon dh okay kot :)

    ReplyDelete
  14. Amalan syirik nie. Minta atok bertaubat sebelum terlambat. Allah tidak ampunkan dosa syirik.

    ReplyDelete
  15. Kenape la masih ade orang yang percaye dengan amalan khurafat? bende macam ni hanya diamalakan oleh orang hindu yang sembah dewa dewi.kite kan orang islam..ini semua poyooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  16. Pengganas sulu memakai azimat "al-quran istanbul" untuk kebal dan "kitab tajul muluk" untuk menilik masa ya sesuai menyerang anggota keselamatan kita. Kebal dengan tembakan M16 tetapi tidak dengan tembakan mortar dan anehnya, kulit tiada kesan luka tetapi tulang dalam badan hancur.....

    ReplyDelete
  17. Sape nak kitab ni boleh cari sini:
    http://ilmiahislam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Kitab ni tok wan aku pon ada tp dah hilang klu ada pon x ada org nak ajarkan. Nak minta guru aku ajar rasa2nya x layak kot. Kitab ni kebanyakkan tentang hal duniawi klu ngko nak bermegah kat dunia blajar la......

    ReplyDelete
  19. ilmu tajul muluk ni ilmu org dulu2
    main sdp je letak hukum syirik
    tgk tarikh, tgk bintang, sume yg dijadikan Allah tu de asbab
    tajul muluk itu 1 ilmu, hal2 lain masih lg letak pergantungan pd Allah, aka tawakal..

    ReplyDelete

Terima Kasih Ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...