Saturday, June 22, 2013

Lesen Juruterbang.

Assalamualaikum.

Geram jugak dengan laptop baru ni, kadang tu, it takes longer time untuk bukak website yang tak pernah dibukak, and sometimes, kena referesh banyak kali sebelum dapat bukak satu satu website. Biasa ke luar biasa kalo macam ni?.

Anyway.

Dah lama aku rasa tak menulis berkenaan dengan bidang aviaion ni. Sebelum ni, putus harapan, selepas dapat offer dari salah satu syarikat ni, semangat ingin berkongsi dengan kalian, semakin tinggi. InsyaAllah, aku akan kongsikan jika kelapangan masa ada bersama aku.

Ramai yang tahu @ mungkin jugak ramai yang tak terambil tahu pasal yuran untuk mengambil lesen juruterbang ni. Bila aku kata lesen juruterbang, maknanya adalah lesen juruterbang komersial. Aku nak fokuskan berkenaan lesen juruterbang komersial je..ok?..dan yurannya agaklah mahal, yuran untuk lesen juruterbang sama nilai dengan kau bayar cash kereta mewah..RM250,000. dan boleh tahan ramai anak muda yang nak jadi pilot.

Benda yang aku nak fokuskan disini ialah.....

Jangan mudah tertipu dengan mana mana kursus yang menyediakan kursus " kelas persediaan sebelum mengambil lesen pilot ". Mungkin ayat " jangan mudah tertipu " di awal perenggan agak tak kena sikit sebab mereka sememangnya menyediakan kelas persediaan, tetaaaapiiiiiiii, kelas tu adalah tidak penting sama sekali dan ianya adalah satu bentuk pembaziran kewangan yang mencecah ribu ribuan malahan belasan ribu, dan ada juga puluhan ribu.. Baik kau join pelaburan emas dari kau bayar yuran tu.

Kenapa aku cakap macam tu?.

Satu. Ramai sangat orang yang ambil peluang menggunakan atas nama "pendidikan " ataupun "kerjaya ". Selepas sahaja aku habis SPM, aku terus dapat offer dari salah satu kursus persediaan ni. Aku terus rujuk senior aku ( sekarang ni pilot MAS ) , dia bagitahu " jangan masuk, membazir je, bazirkan masa dan duit "...

Apa yang aku nak highlightkan..

Kalau kau nak jadi pilot.First step yang kau kena buat adalah, pastikan kau ada duit sebanyak Rm250,000 dan angka ini akan terus meningkat. Second step, kau kena mintak surat kelulusan dari Jabatan Penerbangan Awam, dan last step,kau terus masuk flying academy yang telah disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. ( sekolah penerbangan yang ada, kau boleh rujuk google ) .Apa yang penting disini adalah lesen.

Permulaan Kerjaya.....

Dua tiga tahun kebelakangan ni, amat susah nak dapat tempat dalam mana mana airlines. Di Malaysia sendiri, ada seribu lebih pilot yang flying without wings, dan angka ini akan terus meningkat. Tapi aku percaya, peluang masih ada sebab kita dah ada airlines baru, Malindo Air, dan Air Asia juga semakin berkembang, ditambah pula dengan pengukuhan MAS.. Tapi masih lagi, ramai lebihan pilot. and it takes longer time than usual to equalise the suppy and demand.

Dan bila mana kau dapat offer untuk interview atau test sekalipun, apa yang dorang tengok first adalah lesen pilot kau, dorang tak tengok sijil kursus kau, dorang tak tengok degree kau, dorang tak tengok apa apa yang special kau ada. Kau just tunjuk lesen tu je...

Tapi suka aku bagitahu disini, result SPM sangat sangat penting, they use SPM result for final evaluation. Contohlah, calon A dan B sama hebat masa test dan both dapat jawab well dalam interview. Panel yang adatak tahu nak pilih mana satu, then dorang akan tengok result SPM..kalo A lagi cemerlang, for sure, A akan dapat position tu.

Dan satu lagi.

Kepada yang dah ada duit, dah dapat surat kelulusan dari Jabatan Penerbangan Awam, tapi pening nak pilih flying school mana. Better, kau tanya pelajar dorang. dan jangan tanya best tak flying kat sana, kau patut tanya, berapa lama nak habiskan training, macam mana kebaikan student ( insurans, tempat tinggal, transportation, makanan ), dan berapa banyak aircraft yang beroperasi..Haaaaaaa..penting tahu!.

Aku rasa tu je kot yang akunak kongsi.

Assalamalaikum.

.


9 comments:

Terima Kasih Ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...